Monday, October 20, 2008

Sukan
{Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.}

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.
Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.


Takrifan sukan
Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.
Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.
Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:
Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.
Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:
Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.
Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.
Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya
Sukan fizikal menggunakan sifat-sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, ahli sukan yang cemerlang menumpukan perhatian kepada kedua-dua aspek fizikal dan akal di dalam sesuatu sukan.
Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Sejarah sukan
Sejarah pembangunan sukan boleh mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku dan sifat sukan tersebut. Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman pra sejarah untuk mengkaji sukan dan manusia.

Semangat kesukanan
Semangat kesukanan menggambarkan aspirasi atau etos yang aktiviti sukan itu akan dinikmati semata-mata kerananya tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau pengenalan pada teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta. Dengan kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa dan kesedihan.
Penggiat sukan rekreasi selalunya akan mendapatkan pengiktirafan sebagai satu jenis sukan daripada persatuan sukan seperti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) atau dengan mewujudkan badan penyelaras mereka sendiri. Dengan ini, sukan berubah daripada aktiviti rekreasi kepada sukan yang lebih formal. Contoh sukan yang baru muncul ialah berbasikal BMX, meluncur dan sebagainya.

Profesionalisme dan peraturan sukan
Aspek hiburan dalam sukan, media massa yang meluas dan pertambahan waktu lapang telah membawa kepada profesionalisme dalam sukan. Ini telah menyebabkan beberapa konflik, di mana bayaran dilihat lebih penting daripada aspek rekreasinya atau sukan telah menjadi lebih menguntungkan dan terkenal yang akhirnya menyebabkan kehilangan tradisi bagi sesetengah orang atau masyarakat. Contoh yang paling ketara ialah bola sepak telah mengubah pengisian masa lapang bagi hampir seluruh populasi dunia.

Jenis-jenis sukan
Rencana utama: Senarai sukan
Salah satu cara mengelaskan sukan ialah berdasarkan tujuan sukan itu.

Lumba
1.dibantu manusia (berbasikal, mendayung,...)
2.tenaga manusia (lumba lari, renang,... )
3.tenaga luar (perahu layar, F1,...)

Lawan
1.pasukan (bola sepak, ragbi, hoki,bola keranjang, ...)
2.gelanggang (tenis, badminton, bola tampar,...)
3.kombat (gusti, judo, karate, lawan pedang, tinju, taekwando, silat olahraga...)

Pencapaian
1.pameran/pertunjukan (bina badan, gimnastik,...)
2.kekuatan (angkat berat, lempar cakera, lontar peluru...)
3.sasaran (menembak, golf, memanah,...)

Gabungan semua
Olahraga

Permainan
{Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.}
Permainan merupakan satu aktiviti rekreasi sama ada untuk mendapat keseronokan, mengisi masa lapang ataupun bersenam. ia boleh dilakukan berseorangan ataupun secara berkumpulan.
Permainan biasanya mempunyai peraturan yang perlu diikuti semua orang. Adat bermain, ada yang menang dan ada yang kalah. Boleh juga seri. Permainan yang melibatkan aktiviti fizikal biasanya dipanggil sukan.
Permainan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:
1.Permainan berasaskan kemahiran
2.Permainan berasaskan strategi
3.Permainan berasaskan nasib
Sesetengah permainan pula menggabungkan dua atau tiga elemen di atas.
Contoh-contoh permainan ialah:
1.Permainan Scrabble
2.Catur dan dam
3.Congkak
4.Daun terup
5.Gasing
6.Guli
7.Kapal terbang kertas
8.Layang-layang
9.Tarik tali
10.Yo-yo
Ada juga permainan yang berasaskan komputer seperti:
1.Chrono Trigger
2.Minesweeper
3.Pac-Man
4.Tekken